Monday 30 January 2012

QARIN
Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini
bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi
kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia,
menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada
pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha lintuk menjerumuskan
manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara
menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin
sama ada ia nabi atau orang yang alim.
Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:
Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia
dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain
perkataan yang indah-indah untuk menipu.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi:
Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia
telah dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan seorang
kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi
Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong
saya, kecuali kepada kebaikan.
Tersebut dalam al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang
tugasnya mencatat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada
yang membawa wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi
duta-duta. Ada pula yang bertugas memelihara al-Quran, ada yang menjaga
syurga dan ada yang menjaga neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa
berdoa siang dan malam, memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa
berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan. Tersebut juga
dalam al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada
Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah s.a.w.
ketika beliau mula-mula meneriina wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang
bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.
Tersebut juga dalam Al-Qu'ran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu
kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul-
Quds. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi
oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka.
Dalam peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam,
sampai 3,000 malaikat jumlahnya.
Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham
yang baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman.
Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh
syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar,
melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan
matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau waswas,
melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang
yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Termizi, an-Nasa'i, demikian bunyinya;
Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gangguan kepada anak Adam,
dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan
kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan sentuhan malaikat ialah
menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka barang siapa
merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu dari
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
Allah, dan terima kasihlah ia kepadanya. Tetapi kalau didapatinya yang lain,
maka dia hendaklah berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam.
Kemudian ia membaca: Syaitan menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan
menyuruh kamu melakukan kekejian.
Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan
tentang ada qarin yang menemani setiap manusia.
Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq:
Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar dari sisinya pada satu malam,
tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun
datang melihat perkara yang sedang saya lakukan. Baginda bertanya:
Apakah yang terjadi Aishah? Maka saya menjawab: Apa halnya saya, tidak
diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau? Jawab
Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu telah datang. Maka saya menjawab:
Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku? Jawab baginda: Ya. Saya
bertanya lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka
saya pun bertanya: Adakah juga berlaku atasmu wahai Rasulullah. Jawab
Rasulullah: Ya tetapi Tuhanku memelihara akan daku hingga aku selamat
daripda tipu dayanya.
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang dilahirkan)
melainkan dikembari Allah seorang jin sebagai kawan.
Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah
syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan
manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan,
manakala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah,
perbandingan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w.
Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu
menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang yang
sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.
Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha
supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak diantara mereka yang terpedaya
dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik
itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan,
lantas mereka menentang perintah Allah s.w.t. Mereka inilah golongan yang
menjadi bahan tunggangan qarin tadi.
Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah
dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak
menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan
bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama
yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi.
Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka
sanggup meninggalkan tanahair yang telah mereka diami sejak dahulu kala.
Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung.
Padahal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan
mereka. Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke jalan Allah. Iblis
dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang
begitu indah termasuk harta benda yang mereka miliki. Kemudian dibisikkan dalam
hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang lain.
apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi-bahagi
untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikmati harta
peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini adalah
merugikan.
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagaibagai
cara. Ia duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan
Islam. Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam, dan meninggalkan
agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu
menentangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk menganggu
manusia dengan jalan hijrah ". Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak
hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang
dan berhijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan
jalan jihad dan berkata: Apakah. kamu akan berjihad sedangkan jihad itu
menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu
akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagibahagikan.
Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad.
Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi diantara manusia dan qarinnya
atau denan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan
terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut
kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan.
Inilah jawapan Allah s.w.t. ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia
seperti yang tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 42.
Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka
kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orangorang yang sesat.
Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam
yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa
'alaihissalam dan ibunya Maryam berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali
Imraan ayat 36.
Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya
daripada syaitan yang direjam.
Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh
supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaikbaik
seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan
daripada gangguan iblis dan syaitan.
Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w.) ia
berkata:
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
Aku lihat Rasulullah s.a.w. membaca azan salat di telinga Husain bin Ali
ketika Fatimah r.a. melahirkannya.
Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada
bersabda:
Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada
telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan
(jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.
Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya
meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:
Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah
anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran
ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah
kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan
padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas
minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan
dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi
sesuatu ke atasnya.
Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan
biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk
halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki
sambil mengenakan mangsanya.
Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari rumah seperti yang
seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk berehat,
menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar
rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat 67.
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat
padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya pada
yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang
mendengar.
Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu
malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa
diduga.
Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi
jika keluar seorang diri. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang
itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selamalamanya.
Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah
makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan
dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan
atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.
Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan
kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan
menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu
dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan
kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi.
Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang
itu.
Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang
terkecil.

No comments:

Post a Comment